(1) Adakah semua orang layak untuk menyertai program ini?
Ya, semua layak kecuali yang berumur di bawah 18 tahun
dan individu yang gagal peringkat saringan.
(2) Apakah tujuan peringkat saringan?
Peringkat ini terpaksa dilakukan kerana kami terpaksa
memilih individu yang benar-benar layak untuk
dididik menjadi usahawan dan bilangannya dihadkan
bertujuan untuk memastikan penumpuan mentor
ditahap maksimum.
(3) Bagaimanakan prosedur pemulangan wang selama
30 hari untuk Pakej Pengenalan tersebut?
Pakej pengenalan tersebut haruslah dipulangkan
dalam keadaan baik dan boleh digunakan semula
dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan pakej
(4) Adakah semua akan berjaya membina perniagaan
dengan program Kumpulan Usahawan Global ini?
Kejayaan adalah bergantung terus dengan usaha,
ketekunan, kesanggupan untuk menerima tunjuk
ajar yang diberikan mentor. Kesemua peserta perintis
telah mula menjana pendapatan dari perniagaan mereka.
(5) Bolehkah menyertai program ini secara sambilan?
Ya, ia boleh dilakukan secara sambilan. Jika perniagaan
telah terlalu besar nanti, biasanya mentor akan
memberikan nasihat untuk menguruskannya secara
sepenuh masa agar perkhidmatan yang diberikan
sentiasa ada demi kepuasan pelanggan dan bertujuan
untuk menjaga imej penganjur
Program Kumpulan Usahawan Global.
(6) Adakah perlu untuk mengeluarkan modal?
Ya, setiap perniagaan perlukan modal pusingan untuk
menyediakan stok, pengiklanan, kos pembelajaran ilmu
perniagaan dan sebagainya.
(7) Berapakah modal pusingan awal yang perlu disediakan?
Pihak mentor anda akan menformulasikan beberapa
pakej yang bersesuaian untuk setiap individu selepas
calon terbabit lulus saringan pertama. Jumlahnya
bergantung kepada kemampuan setiap individu terbabit.
* Pihak Kumpulan Usahawan Global Menjamin Setiap Sen Pelaburan Perserta akan diperolehi kembali dengan cara HALAL dan BERSIH disisi undang-undang negara dan agama Islam.